Matlamat Pengajaran KOMSAS
i.
Melahirkan
murid yang kreatif dan kritis
ii.
Meningkatkan
kekuatan rohani dan intelek
iii.
Memupuk
kesedaran terhadap nilai estetika karya dan keindahan bahasa
iv.
Mengenali
dan mengurus perasaan murid
v.
Meningkatkan
kemahiran interpersonal dan intrapersonal
terima kasih untuk info yg berguna
ReplyDeleteBerdasarkan pengalaman saya sebagai bekas pelajar sekolah, saya mendapati bahawa kebanyakkan pelajar belajar tidak menghayati keindahan sesuatu karya KOMSAS. Sesetengah pelajar langsung tidak mengetahui jalan cerita sesuatu karya, tetapi mampu menghafal komponen-komponen KOMSAS seperti tema dan persoalan, watak dan perwatakan serta nilai dan pengajaran. Mereka menghafal komponen tersebut semata-mata untuk menghadapi peperiksaan. Hal ini menyebabkan matlamat 'Memupuk kesedaran terhadap nilai estetika karya dan keindahan bahasa' sukar dicapai. Oleh itu, seseorang guru bahasa Melayu seharusnya mempelbagaikan kaedah penyampaian pengajaran KOMSAS untuk memupuk minat murid dalam menghayati keindahan bahasa sesuatu karya. Tanpa penghayatan nilai estetika karya, sesuatu karya yang terhasil itu diibaratkan sebuah persembahan okestra yang tiada penonton. Maka, usaha untuk memupuk minat murid dalam menghargai nilai estetika karya seharusnya digiatkan di peringkat bangku sekolah lagi melalui program NILAM.
ReplyDeleteSetuju. Sudah sampai masanya difikirkan tentang apresiasi dalam subjek. Terima kasih terhadap komen yang baik.
ReplyDeleteSelamat sejahtera. KOMSAS ialah akronim bagi perkataan-perkataan ‘komponen’ dan ‘kesusasteraan Melayu’.Oleh itu, KOMSAS merupakan komponen yang penting dalam subjek Bahasa Melayu. Hal ini sangat bersangkut-paut dengan matlamat KOMSAS yang pertama iaitu melahirkan murid yang kreatif dan kritis. Dewasa ini, ramai pelajar sekolah yang petah berkata-kata dalam bahasa Melayu, tetapi tidak ramai yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan kreatif. Jika hal ini berterusan maka suatu hari nanti pasti penulisan-penulisan kreatif seperti yang ada sekarang akan hilang ditelan zaman. Untuk mengelakkan hal ini berlaku, maka guru sangat berperanan besar untuk memastikan penulisan kreatif semakin berkembang. Oleh yang demikian, maka guru harus memupuk minat pelajar untuk menghasilkan penulisan yang kreatif disamping dapat membantu pelajar berfikiran kritis terhadap penulisan yang mahu dihasilkan. Guru boleh menggunakan KOMSAS yang ada sekarang sebagai garis panduan kepada murid untuk menghasilkan karya kreatif mereka. Sekiranya hal seperti ini diteruskan maka secara tidak langsung martabat Bahasa Melayu itu sendiri akan semakin ke angkasa. Kesimpulannya, KOMSAS sangat berperanan besar dalam melahirkan modal insan yang mahir dan berpengelaman disamping dapat menjadi penyambung kepada warisan penulisan kreatif ini.
ReplyDeleteKini, banyak pelajar sekolah menengah hanya membaca sinopsis sesebuah KOMSAS. Mereka juga menghafal semua pengajaran, watak dan perwatakan, tema, persoalan dan sebagainya semata-mata untuk ujian. Oleh hal yang demikian, guru perlulah menggunakan bahan bantu yang menarik untuk menarik perhatian pelajar supaya mereka berminat untuk membaca keseluruhan KOMSAS tersebut. Sehubungan dengan itu, pelajar dapat mengenal lebih banyak kosa kata yang baru selain memupuk nilai-nilai murni yang terdapat dalam KOMSAS..
ReplyDelete